0
14 KEAJAIBAN SEMULA JADI MADU ASLI & KAYU MANIS
Posted by Mr.BearJr
on
Monday, January 23, 2012
in
Info Sihat
Berdasarkan kajian perubatan yang dijalankan di Kanada pada januari 1995, campuran madu asli dan kayu manis mampu mencegah dan merawat beberapa penyakit. Walau pun madu manis, namun pakar perubatan percaya ia tidak akan memberikan kesan negetif terhadap pesakit diabetes. Berikut antara penyakit yang dipercayai boleh dicegah ATAU dirawat dengan mengamalkan campuran madu asli dan kulit kayu manis.
1.ARTRITIS
Pesakit artritis yang mengamalkan meminum secawan air panas yang dicampurkan dengan dua sudu campuran ini pada setiap hari boleh menyembuhkan penyakit ini. Kajian yang dijalankan di Universiti Copenhagen menunjukkan 73 pesakit dari 200 orang yang mencuba amalan ini, sembuh 100% dari penyakit ini.
2.KEGUGURAN RAMBUT
Bagi anda yang mengalami masalah keguguran rambut dan kebotakan, amalkan menyapu campuran satu sudu madu dan satu sudu serbuk kayu manis ke kulit kepala dan dibiarkan selama 15 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air sebersih-bersihnya.
3.JANGKITAN PADA PUNDI KENCING
Ambil dua sudu serbuk kayu manis dan sesudu madu, kemudian dicampurkan ke air suam dan minum. Amalkannya. Ia mampu membunuh bakteria yang ada di pundi kencing.
4.SAKIT GIGI
Campurkan satu sudu serbuk kayu manis bersama lima sudu teh madu, kemudian diletakkan di bahagian gigi yang sakit. Lakukan tiga kali sehari sehingga sakit gigi itu hilang.
5.KOLESTROL
Dua sudu teh madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis yang dicampurkan dengan 16auns teh, mampu mengurangkan tahap kolestrol dalam darah sebanyak 10 peratus dalam masa kurang dari 2 jam.
6.MASALAH KESUBURAN
Dalam sejarah perubatan, Yunani dan Ayuverda menggunakan madu sejak sekian lama untuk memastikan air mani lelaki subur. Justeru, pengambilan dua sudu madu sebelum tidur mampu memberikan kesuburan kepada golongan lelaki. Untuk wanita pula, campuran setengah sudu serbuk kayu manis dan satu sudu teh madu boleh meningkatkan kesuburan.
7.SAKIT PERUT
Campuran madu dan serbuk kayu manis bukan saja mampu melegakan perut yang sakit, malah mampu membersihkan perut. Ia juga mampu membebaskan angin-angin di dalam perut. Malah campuran ini juga mampu mengurangkan berat badan!
8.SAKIT JANTUNG
Selain dari mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu dan serbuk kayu manis juga mampu mengurangkan risiko serangan jantung. Ia juga mampu membantu sistem pernafasan berjalan dengan lebih lancar dan mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.
9.SISTEM IMUNISASI
Pengambilan campuran madu dan serbuk kayu manis mampu menguatkan sistem imunisasi dan melindungi tubuh badan dari jangkitan bakteria. Para saintis telah membuktikan madu memiliki kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.
10.PENGHADAMAN
Mengambil dua sudu campuran madu dan serbuk kayu manis membantu sistem penghadaman dan pencernaan berjalan dengan lancar.
11.SELESEMA
Pakar saintis dari Sepanyol telah membuktikan madu asli mengandungi bahan semula jadi yang mampu membunuh virus penyebab selsema.
12.MENGEKALKAN KESIHATAN YANG BAIK
Campurkan empat sudu madu, 1 sudu serbuk kayu manis dan tiga cawan air panas yang dibuat teh adalah salah satu amalan berkesan untuk mengekalkan kesihatan sepanjang masa.
13.JERAWAT
Campurkan tiga sudu madu dan satu sudu kayu manis kemudian disapukan pada jerawat sebelum tidur. Keesokkan padi, bersihkan wajah dengan air suam. Lakukan setiap hari selama dua minggu dan ia membantu menyingkirkan jerawat dan akar umbinya. Malah ia juga membuatkan kulit sentiasa segar, mengurangkan penuaan dan merawar masalah kulit seperti ekzema dan sebagainya.
14.NAFAS BERBAU & KURANG PENDENGARAN
Setiap pagi, amalkan meminum air panas yang dicampurkan dengan satu sudu teh madu dan serbuk kayu manis, ia membantu menyegarkan nafas. Malah amalan ini juga baik untuk mengekalkan daya pendengaran secara normal.