0
HIPERHIDROSIS – LELAKI SERING MENJADI MANGSA
Posted by Mr.BearJr
on
Wednesday, January 11, 2012
in
Info Sihat
ALAMAK!!! Dari jauh lagi anda telah ternampak rakan anda yang menghidapi satu penyakit tanpa sedarnya, badan berbau!!! Hati mula berkira-kira sama ada mahu mendekatinya ataupun terus lari sebelum dia ternampak kelibat anda.
Bukan kejam, namun untuk berterus terang dan memberitahunya tentang masalah bau badannya itu, anda tidak sanggup. Takut pula dia terasa. Tahukah anda, bukan rakan anda itu sahaja yang mempunyai masalah bau badan? Ramai yang mempunyai bau badan yang kurang menyenangkan, terutamanya lelaki yang aktif bersukan. Masalah bau badan diklasifikasikan sebagai satu penyakit yang dikenali sebagai hiperhidrosis. Penyakit ini boleh menjadi teruk sehingga penghidapnya berasa malu dan meminggirkan diri.
HARUS TAHU…
1. Kajian yang telah dilakukan menunjukkan kira-kira 2.5 peratus populasi masyarakat dalam sesuatu kawasan menderita kerana hiperhidrosis.
2. Penyakit perluh berlebihan ini bukan sahaja menjadikan setiap apa yang disentuh pesakit akan membasah dek peluh, bahkan badannya juga berbau.
3. Secara purata, seorang lelaki dewasa mempunyai lebih kurang lima juta kelenjar peluh pada keseluruhan tubuhnya.
4. Kelenjar peluh tertumpu pada bahagian dahi, tangan dan kaki.
5. Bahagian bawah lengan manusia (ketiak) mempunyai kelenjar peluh paling banyak.
6. Peluh pada bahagian ketiak lebih ketara kerana peluh tidak mudah sejat seperti bahagian tubuh lain yang terdedah. Bulu ketiak yang panjang dan lebat akan menyebabkan peluh terkumpul dan mengundang bau yang kurang enak.
MENGAPA BERBAU???
1. Bau badan adalah disebabkan pertumbuhan bacteria pada kulit tubuh. Kelenjar peluh luar adalah kelenjar ‘eccrine’ . Kelenjar peluh dalam, ‘apocrine’ yang bertindak dengan bacteria pada bahagian tubuh yang berlipat akan menghasilkan bau yang kurang disenangi.
2. Bahan toksin yang dikeluarkan dari kedua-dua kelenjar ini akan bertindak balas dengan bacteria dan menghasilkan bau yang meloyakan.
3. Apabila seseorang itu berpeluh, bacteria akan berkumpul pada bahagian tubuh yang lembap dan hangat. Ia akan membiak dan mati kemudiannya sebelum meninggalkan bau busuk.
4. Lelaki yang aktif bersukan akan menghasilkan peluh yang banyak dan tidak punya banyak masa untuk menjaga diri sendiri. Mereka lebih terdorong untuk membiarkan tubuh mereka berpeluh dan tidak dibersihkan.
5. Berada dalam keadaan tertekan ada masanya akan menggalakkan pengeluaran peluh.
6. Faktor pemakanan juga menyumbang kepada bau badan yang kurang enak. Makanan seperti bawang putih, petai dan asparagus mempunyai potensi meninggalkan bau untuk tempoh 24 jam selepas anda memakannya.
7. Makanan berempah juga akan menyebabkan badan berbau.
8. Pengambilan ubat-ubatan peransang hormone juga boleh menjadi punca badan berbau.
9. Bau badan lebih gemar ‘menyerang’ tubuh lelaki yang merokok.
FUNGSI ‘PENYELAMAT’
- Bahan antipeluh bertindak untuk mengawal aliran peluh pada ketiak dan menutup bau badan.
- Deodorant pula menghalang bau busuk dengan harumannya. Deodorant juga mengurangkan pertumbuhan bacteria pada ketiak. Bagaimanapun deodorant tidak menghalang pengeluaran peluh di bahagian tersebut.
MALUNYA!!!
§ Kebanyakan orang yang mengalami masalah bau badan akan berasa malu walaupun hanya diminta untuk membuka jaketnya. Perasaan itu dating kerana mereka khuatir orang lain akan melihat ketiak mereka yang basah dan menghidu bau yang kurang enak apabila berada berhampiran mereka.
§ Pesakit hiperhidrosis biasanya tidak berkeyakinan untuk bersosial. Mereka biasanya akan menjauhkan diri dari orang ramai.
§ Ada baiknya anda sebagai teman paling rapat dengan mereka yang mempunyai masalah badan berbau, berterus terang dengan mereka. Pilih pendekatan yang sesuai dan tidak memalukan mereka.
EIII… BUSUKNYA!!!!
- Bagi yang sudah berpasangan, bau badan pastinya akan mengganggu perjalanan perhubungan anda.
- Bagi yang sudah berkahwin, malam anda mungkin akan menjadi waktu yang paling membosankan kerana pasangan anda member reaksi negative terhadap setiap belaian yang anda lakukan.
JALAN MUDAH
- Suntikan hormone.
- Menjalani pembedahan singkat ‘ endoscopic thoracic sympathectomy ’, iaitu process menghalang isyarat saraf daripada mengeluarkan peluh.
Anda yang menderita penyakit hiperhidrosis juga boleh:
> Bersihkan dan gosok bahagian berbau dengan lebih kerap. Amalan ini boleh membuang ‘ sisa’ dan bau busuk yang melekat pada badan.
> Jangan pakai pakaian yang sama berulang sebelum dibasuh kerana pakaian boleh menjadi punca bau badan yang kurang menyenangkan. Pilihlah pakaian dari jenis kain yang serap peluh.
> Jangan terlalu gemuk kerana individu yang berbadan besar mudah mengalami masalah bau badan kerana kelenjar peluh mereka lebih besar daripada orang normal.
> Mandi lebih kerap dan gunakan cecair mandian antibakteria. Bukan sahaja badan anda lebih harum, bahkan cecair mandian jenis ini akan menghalang pertumbuhan bacteria sekali gus membunuhnya.
> Keraplah mencukur bulu ketiak dalam selang dua atau tiga hari sekali.
> Pastikan anda memakai deodorant atau bedak anti-peluh setiap kali sebelum anda keluar dari rumah.
Post a Comment