0
TERLALU AKTIF PUNCA BAU BADAN
Posted by Mr.BearJr
on
Thursday, January 12, 2012
in
Info Sihat
LELAKI sangat sinonim dengan kehidupan aktif dan lasak berbanding golongan wanita. Oleh kerana terlalu bergerak cergas dengan pelbagai aktiviti harian, badan akan sentiasa mengeluarkan peluh yang banyak.
Peluh dikaitkan oleh kelenjar perpeluhan. Apabila seseorang itu meningkat dewasa, kelenjar perpeluhan semakin aktif dan mula mengeluarkan zat-zat kimia tertentu sehingga mengeluarkan bau yang kuat terutama di bahagian ketiak, kaki dan adakalanya di organ kelamin.
Bertitik tolak daripada itu, aspek kebersihan amat diutamakan. Jika aspek kebersihan ini diabaikan, maka ia pasti akan mendatangkan banyak masalah. Masalah yang tidak pernah lari dengan perpeluhan ialah bau badan. Apatah lagi, bahagian ketiak turut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Oleh itu, jangan biarkan diri anda dibelenggu oleh masalah ini. Jangan sampai orang di sekeliling menjauhkan diri daripada anda. Jika ada antara anda yang mengalami masalah ini, atasinya segera. Banyak cara yang boleh dilakukan agar tampil lebih yakin dalam pergaulan. Perkara yang perlu diperhatikan ialah:
1. JAGA KEBERSIHAN TUBUH SECARA KESELURUHAN
- Cara terbaik untuk menjaga kebersihan tubuh sudah tentulah dengan kerap mandi pada setiap hari. Gunakan sabun jenis lembut yang mengandungi antiseptic. Mandilah dengan air yang hangat. Cara ini akan membantu mengeluarkan semua bacteria yang menyebabkan masalah bau badan.
2. KENAKAN PAKAIAN DAN KASUT YANG BERSIH SETIAP HARI
- Pakaian berfabrik jenis kapas sangat sesuai untuk mereka yang kuat berpeluh. Bahan kapas adalah paling efektif untuk menyerap peluh sekali gus dapat mengurangkan masalah bau badan. Anda juga perlu ingat bahawa menjaga kebersihan badan dan pakaian bukan hanya semata-mata mahu mengurangkan masalah bau badan sebaliknya penting juga untuk kesihatan.
3. PASTIKAN SEMUA BAHAGIAN TUBUH DIBERSIHKAN
- Ketiak dan kaki adalah bahagian utama yang menyebabkan masalah bau badan yang kuat. Ini disebabkan oleh banyak bacteria yang terkumpul di kawasan tersebut.
4. JANGAN BIARKAN BULU KETIAK TERLALU PANJANG
- Selalulah mencukur atau memotong bulu ketiak supaya bahagian tersebut lebih bersih dan rapi. Bulu ketiak yang terlalu panjang hanya akan mengundang bacteria untuk melekat lebih lama di bahagian tersebut.
5. JAGA POLA PEMAKANAN
- Amalkan diet yang betul setiap hari. Sebaiknya, elakkan mengambil makanan yang pedas serta yang mengandungi terlalu banyak bawang putih atau bawang merah. Ini kerana makanan-makanan tersebut jika diambil dalam jumlah yang banyak hanya akan meransang pengeluaran peluh yang akan menyebabkan masalah bau badan.
6. GUNAKAN PRODUK YANG SESUAI
- ‘Antiperspirant Deodorant’ berfungsi untuk mengeringkan dan menghentikan pengeluaran peluh dibahagian ketiak. Ia berbentuk ‘roll on’, stik, bedak atau krim. Deodorant dan minyak wangi pula akan memberikan bau harum pada bahagian tertentu mengikut keperluan.
FAKTA TENTANG PERPELUHAN
* Punca bau badan ialah ketidakseimbangan hormone, diet, obesity, menopaus dan pembiakan bacteria di tempat terpencil.
* Ketiak dan kaki adalah dua bahagian tumpuan bagi pengeluaran bau. Kelenjar peluh yang terdapat pada kedua-dua bahagian ini sangat aktif dan lebih terlindung menyebabkan kesukaran pengaliran udara.
* Kelembapan berlebihan akan menyebabkan pembiakan bacteria yang lebih aktif. Bau yang kuat pula disebabkan bahan buangan yang dikeluarkan pada pengaliran udara.
* Kulit yang memiliki tiga kelenjar utama iaitu
* ‘eccrine’ yang mengeluarkan cecair hamper 99 peratus yang menyebabkan basah di bahagian ketiak, kelenjar ‘apocrine’ pula mengeluarkan lelehan dan bacteria akan memecahkan lelehan itu hingga menyebabkan bau yang kurang menyenangkan, serta kelenjar ‘sebaceous’.
Post a Comment