0

KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING

Posted by Mr.BearJr on Friday, January 13, 2012 in

Berbanding dengan susu lembu, susu kambing telah terbukti lebih berkhasiat dan mempunyai kelebihan dalam menyembuhkan dan mencegah penyakit.  Antaranya demam kuning, penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati, darah tinggi, sakit sendi, penyakit buah pinggang, batuk kering, penyakit saraf dan lemah batin.  Mengapa susu kambing dikatakan lebih berkhasiat?  Ia kaya dengan protein, enzim dan vitamin A.  Di samping itu, susu kambing juga mengandungi factor anti antritis (inflamasi sendi) dan anti barah.  Malah pakar-pakar kesihatan turut mengakui susu kambing turut boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah, insomnia dan ulser.  Susu kambing mudah dihadamkan kerana zarah lemaknya lebih kecil.  Walaupun disimpan dalam suhu sejuk atau sejuk beku, kualitinya tetap takkan berubah.


0

TERLALU AKTIF PUNCA BAU BADAN

Posted by Mr.BearJr on Thursday, January 12, 2012 in
LELAKI sangat sinonim dengan kehidupan aktif dan lasak berbanding golongan wanita.  Oleh kerana terlalu bergerak cergas dengan pelbagai aktiviti harian, badan akan sentiasa mengeluarkan peluh yang banyak.

Peluh dikaitkan oleh kelenjar perpeluhan.  Apabila seseorang itu meningkat dewasa, kelenjar perpeluhan semakin aktif dan mula mengeluarkan zat-zat kimia tertentu sehingga mengeluarkan bau yang kuat terutama di bahagian ketiak, kaki dan adakalanya di organ kelamin.

Bertitik tolak daripada itu, aspek kebersihan amat diutamakan.  Jika aspek kebersihan ini diabaikan, maka ia pasti akan mendatangkan banyak masalah.  Masalah yang tidak pernah lari dengan perpeluhan ialah bau badan.  Apatah lagi, bahagian ketiak turut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Oleh itu, jangan biarkan diri anda dibelenggu oleh masalah ini.  Jangan sampai orang di sekeliling menjauhkan diri daripada anda.  Jika ada antara anda yang mengalami masalah ini, atasinya segera.  Banyak cara yang boleh dilakukan agar tampil lebih yakin dalam pergaulan.  Perkara yang perlu diperhatikan ialah:

1.       JAGA KEBERSIHAN TUBUH SECARA KESELURUHAN
-          Cara terbaik untuk menjaga kebersihan tubuh sudah tentulah dengan kerap mandi pada setiap hari.  Gunakan sabun jenis lembut yang mengandungi antiseptic.  Mandilah dengan air yang hangat.  Cara ini akan membantu mengeluarkan semua bacteria yang menyebabkan masalah bau badan.

2.       KENAKAN PAKAIAN DAN KASUT YANG BERSIH SETIAP HARI
-          Pakaian berfabrik jenis kapas sangat sesuai untuk mereka yang kuat berpeluh.  Bahan kapas adalah paling efektif untuk menyerap peluh sekali gus dapat mengurangkan masalah bau badan.  Anda juga perlu ingat bahawa menjaga kebersihan badan dan pakaian bukan hanya semata-mata mahu mengurangkan masalah bau badan sebaliknya penting juga untuk kesihatan.

3.       PASTIKAN SEMUA BAHAGIAN TUBUH DIBERSIHKAN
-          Ketiak dan kaki adalah bahagian utama yang menyebabkan masalah bau badan yang kuat.  Ini disebabkan oleh banyak bacteria yang terkumpul di kawasan tersebut.

4.       JANGAN BIARKAN BULU KETIAK TERLALU PANJANG
-          Selalulah mencukur atau memotong bulu ketiak supaya bahagian tersebut lebih bersih dan rapi.  Bulu ketiak yang terlalu panjang hanya akan mengundang bacteria untuk melekat lebih lama di bahagian tersebut.

5.       JAGA POLA PEMAKANAN
-          Amalkan diet yang betul setiap hari.  Sebaiknya, elakkan mengambil makanan yang pedas serta yang mengandungi terlalu banyak bawang putih atau bawang merah.  Ini kerana makanan-makanan tersebut jika diambil dalam jumlah yang banyak hanya akan meransang pengeluaran peluh yang akan menyebabkan masalah bau badan.

6.       GUNAKAN PRODUK YANG SESUAI
-          ‘Antiperspirant Deodorant’ berfungsi untuk mengeringkan dan menghentikan pengeluaran peluh dibahagian ketiak.  Ia berbentuk ‘roll on’, stik, bedak atau krim.  Deodorant dan minyak wangi pula akan memberikan bau harum pada bahagian tertentu mengikut keperluan.


FAKTA TENTANG PERPELUHAN

*         Punca bau badan ialah ketidakseimbangan hormone, diet, obesity, menopaus dan pembiakan bacteria di tempat terpencil.

*         Ketiak dan kaki adalah dua bahagian tumpuan bagi pengeluaran bau.  Kelenjar peluh yang terdapat pada kedua-dua bahagian ini sangat aktif dan lebih terlindung menyebabkan kesukaran pengaliran udara.

*         Kelembapan berlebihan akan menyebabkan pembiakan bacteria yang lebih aktif.  Bau yang kuat pula disebabkan bahan buangan yang dikeluarkan pada pengaliran udara.

*         Kulit yang memiliki tiga kelenjar utama iaitu

*        ‘eccrine’ yang mengeluarkan cecair hamper 99 peratus yang menyebabkan basah di bahagian ketiak, kelenjar  ‘apocrine’ pula mengeluarkan lelehan dan bacteria akan memecahkan lelehan itu hingga menyebabkan bau yang kurang menyenangkan, serta kelenjar  ‘sebaceous’.

0

HIPERHIDROSIS – LELAKI SERING MENJADI MANGSA

Posted by Mr.BearJr on Wednesday, January 11, 2012 in
ALAMAK!!! Dari jauh lagi anda telah ternampak rakan anda yang menghidapi satu penyakit tanpa sedarnya, badan berbau!!!  Hati mula berkira-kira sama ada mahu mendekatinya ataupun terus lari sebelum dia ternampak kelibat anda.

Bukan kejam, namun untuk berterus terang dan memberitahunya tentang masalah bau badannya itu, anda tidak sanggup.  Takut pula dia terasa.  Tahukah anda, bukan rakan anda itu sahaja yang mempunyai masalah bau badan?  Ramai yang mempunyai bau badan yang kurang menyenangkan, terutamanya lelaki yang aktif bersukan.  Masalah bau badan diklasifikasikan sebagai satu penyakit yang dikenali sebagai hiperhidrosis.  Penyakit ini boleh menjadi teruk sehingga penghidapnya berasa malu dan meminggirkan diri.


HARUS TAHU…
1.       Kajian yang telah dilakukan menunjukkan kira-kira 2.5 peratus populasi masyarakat dalam sesuatu kawasan menderita kerana hiperhidrosis.
2.       Penyakit perluh berlebihan ini bukan sahaja menjadikan setiap apa yang disentuh pesakit akan membasah dek peluh, bahkan badannya juga berbau.
3.       Secara purata, seorang lelaki dewasa mempunyai lebih kurang lima juta kelenjar peluh pada keseluruhan tubuhnya.
4.       Kelenjar peluh tertumpu pada bahagian dahi, tangan dan kaki.
5.       Bahagian bawah lengan manusia (ketiak) mempunyai kelenjar peluh paling banyak.
6.       Peluh pada bahagian ketiak lebih ketara kerana peluh tidak mudah sejat seperti bahagian tubuh lain yang terdedah.  Bulu ketiak yang panjang dan lebat akan menyebabkan peluh terkumpul dan mengundang bau yang kurang enak.


MENGAPA BERBAU???
1.       Bau badan adalah disebabkan pertumbuhan bacteria pada kulit tubuh.  Kelenjar peluh luar adalah kelenjar ‘eccrine’ .  Kelenjar peluh dalam, ‘apocrine’ yang bertindak dengan bacteria pada bahagian tubuh yang berlipat akan menghasilkan bau yang kurang disenangi.
2.       Bahan toksin yang dikeluarkan dari kedua-dua kelenjar ini akan bertindak balas dengan bacteria dan menghasilkan bau yang meloyakan.
3.       Apabila seseorang itu berpeluh, bacteria akan berkumpul pada bahagian tubuh yang lembap dan hangat.  Ia akan membiak dan mati kemudiannya sebelum meninggalkan bau busuk.
4.       Lelaki yang aktif bersukan akan menghasilkan peluh yang banyak dan tidak punya banyak masa untuk menjaga diri sendiri.  Mereka lebih terdorong untuk membiarkan tubuh mereka berpeluh dan tidak dibersihkan.
5.       Berada dalam keadaan tertekan ada masanya akan menggalakkan pengeluaran peluh.
6.       Faktor pemakanan juga menyumbang kepada bau badan yang kurang enak.  Makanan seperti bawang putih, petai dan asparagus mempunyai potensi meninggalkan bau untuk tempoh 24 jam selepas anda memakannya.
7.       Makanan berempah juga akan menyebabkan badan berbau.
8.       Pengambilan ubat-ubatan peransang hormone juga boleh menjadi punca badan berbau.
9.       Bau badan lebih gemar ‘menyerang’ tubuh lelaki yang merokok.



FUNGSI ‘PENYELAMAT’
-    Bahan antipeluh bertindak untuk mengawal aliran peluh pada ketiak dan menutup bau badan.

-        Deodorant pula menghalang bau busuk dengan harumannya.  Deodorant juga mengurangkan pertumbuhan bacteria pada ketiak.  Bagaimanapun deodorant tidak menghalang pengeluaran peluh di bahagian tersebut.


MALUNYA!!!
§        Kebanyakan orang yang mengalami masalah bau badan akan berasa malu walaupun hanya diminta untuk membuka jaketnya.  Perasaan itu dating kerana mereka khuatir orang lain akan melihat ketiak mereka yang basah dan menghidu bau yang kurang enak apabila berada berhampiran mereka.

§        Pesakit hiperhidrosis biasanya tidak berkeyakinan untuk bersosial.  Mereka biasanya akan menjauhkan diri dari orang ramai.

§       Ada baiknya anda sebagai teman paling rapat dengan mereka yang mempunyai masalah badan berbau, berterus terang dengan mereka.  Pilih pendekatan yang sesuai dan tidak memalukan mereka.


EIII… BUSUKNYA!!!!
-        Bagi yang sudah berpasangan, bau badan pastinya akan mengganggu perjalanan perhubungan anda.

-        Bagi yang sudah berkahwin, malam anda mungkin akan menjadi waktu yang paling membosankan kerana pasangan anda member reaksi negative terhadap setiap belaian yang anda lakukan.


JALAN MUDAH
-         Suntikan hormone.

-        Menjalani pembedahan singkat ‘ endoscopic thoracic sympathectomy ’, iaitu process menghalang isyarat saraf daripada mengeluarkan peluh.

Anda yang menderita penyakit hiperhidrosis juga boleh:

>       Bersihkan dan gosok bahagian berbau dengan lebih kerap.  Amalan ini boleh membuang  ‘ sisa’ dan bau busuk yang melekat pada badan.

>       Jangan pakai pakaian yang sama berulang sebelum dibasuh kerana pakaian boleh menjadi punca bau badan yang kurang menyenangkan.  Pilihlah pakaian dari jenis kain yang serap peluh.

>       Jangan terlalu gemuk kerana individu yang berbadan besar mudah mengalami masalah bau badan kerana kelenjar peluh mereka lebih besar daripada orang normal.

>      Mandi lebih kerap dan gunakan cecair mandian antibakteria.  Bukan sahaja badan anda lebih harum, bahkan cecair mandian jenis ini akan menghalang pertumbuhan bacteria sekali gus membunuhnya.

>       Keraplah mencukur bulu ketiak dalam selang dua atau tiga hari sekali.

>       Pastikan anda memakai deodorant atau bedak anti-peluh setiap kali sebelum anda keluar dari rumah.

Copyright © 2009 This Is My World All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.