0
BILA BADAN PERLUKAN REHAT?
Posted by Mr.BearJr
on
Saturday, February 06, 2010
in
Kesihatan
• 11 malam – 1 pagi: Proses detoksifikasi dilalukan di bahagian hati.
• 1 pagi – 3 pagi: Proses detoksifikasi dijalankan di bahagian hempedu.
• 3 pagi – 5 pagi: Proses detoksifikasi berlaku di bahagian paru-paru untuk membersihkan sistem pernafasan. Ada kalanya seseorang akan mengalami batuk ketika proses ini dilakukan.
• 5 pagi – 7 pagi: Proses detoksifikasi berlaku di bahagian usus besar, di mana seeloknya anda perlu membuang isi perut.
• 7 pagi – 9 pagi : Penyerapan nutrien di kawasan usus berlaku di mana anda perlu mengambil sarapan pagi. Seelok – eloknya bersarapan awal sebelum jam 6.30 pagi bagi sesiapa yang kurang sihat atau sedang sakit. Bersarapan sebelum jam 7.30 pagi pula bersesuaian untuk anda yang mahu kekal fit. Bagi anda yang sering mengabaikan sarapan pagi, buanglah tabiat itu kerana ia tidak bagus untuk kesihatan. Walaupun anda bersarapan agak lewat ( antara jam 9 pagi – 10 pagi ), ia lebih bagus dari tidak bersarapan lansung.
Post a Comment