0
Hati-hati dengan JETLAG
Posted by Mr.BearJr
on
Monday, February 01, 2010
in
Kesihatan
Adakah anda sering terbang di awan biru? Seringkah anda mengalami jetlag? jika sering... berwaspadalah. Terdapat kajian dijalankan oleh Pakar neurologist, Universiti Brisbol, Kwangwook Cho, mengatakan jetlag menyebabkan otak mengecil dan memberi kesan terhadap daya ingatan.
Satu kajian telah dijalankan ke atas 20 pekerja penerbangan, perubatan dan mereka yang sering berpergian. Berdasarkan kajian itu, Profesor ilmu kedoktoran dari Havard Medical School, Chales A. Czeiser menerangkan, sekitar lapan juta pekerja dari golongan ini berkemungkinan besar mengalami masalah tersebut.
Hasil kajian itu mendapati, setelah lima tahun bekerja, sebahagian krew kapal terbang mempunyai masalah daya ingatan. Dan Kwangwook membuat kesimpulan bahawa otak perlu direhatkan sekurang-kurangnya 10 hari setelah melalui perjalanan jauh. Tambahnya, masalah kekurangan daya ingatan dan penyusutan otak disebabkan kerana kurangnya rehat.
Post a Comment