Kadang kala kita tidak menyedari, makanan yang diambil mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi. Ini mampu mendatangkan risiko terhadap masalah kesihatan terutamanya memberikan impak kepada jantung kita. Namun masih terdapat banyak makanan yang dikategorikan sebagai anti kolestrol. Cuba lihat fakta di bawah.
1. KUACI – Kaya dengan kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh kadar kolestrol LDL. Kuaci dari jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari mempunyai zat besi yang tinggi.
2. EPAL – Dengan memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol di dalam badan. Ia juga menstabilkan kandungan zat dan mencegah lemak dalam badan.
3. OAT – kajian saintifik sudah membuktikan pengambilan oat setiap pagi boleh menurukan kadar kolestrol dalam darah. Di mana serat mudah larut di dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
4. SOYA – Mengandungi 48% protien, lesitin, vitamin dan zat galian. Ia juga mampu menghindarkan penyakit jantung dan diabetes. Malah ia kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecahkan lemak dan menyusutkan kadar Lemak Jahat (LDL) dan meningkatkan kadar Lemak Baik (HDL).
5. KACANG TANAH – kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Sekali gus membantu menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolestrol LDL dan mengelakkan penyakit jantung.
6. JAMBU BATU – Dalam kajian pakar nutrisi menunjukkan jambu batu mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Lantas disyorkan mengambil 400mg jambu batu sehari. Ia juga bagus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa mengetepikan diet seimbang.
7. BUAH KERING – Terdapat banyak buah kering tetapi limau kering dipercayai mengandungi lebih banyak Flavanoid yang mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh didapati di dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima.
8. KIWI – Mengandungi banyak vitamin C yang berupaya mencegah kolestrol LDL. Selain itu, buah – buahan lain yang turut kaya dengan vintamin C ialah mangga, betik, rambutan, belimbing dan strawberi.
9. KISMIS – Membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, amalkan pengambilan kismis sebanyak 400mg sehari.
10. IKAN TUNA – Kelebihan ikan tuna ialah ia mengandungi sumber asid lemak omega – 3 yang khusus melingdungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL. Selain ikan tuna, ikan salmon dan makarel turut mengandungi sumber yang sama.
Post a Comment