Showing posts with label Jenaka Sebentar.... Show all posts
Showing posts with label Jenaka Sebentar.... Show all posts
0

BERHENTI ATAU PERLAHAN

Posted by Mr.BearJr on Friday, January 13, 2012 in
Seorang pemandu sedang melalui sebatang jalan di sebuah pekan. Namun, sebaik lampu isyarat bertukar merah, dia tidak memberhentikan kenderaannya, sebaliknya dia hanya memperlahankan kenderaan.

Seorang anggota polis sedang memerhatikannya dan kemudian menahan pemandu tersebut.

“ Minta lesen, encik? “

“ Sebelum saya beri lesen, saya hendak tahu kenapa encik menahan saya? “ Tanya pemandu itu.

“ Awak sepatutnya berhenti sewaktu lampu isyarat merah, tetapi awak tidak berhenti, “ jawab polis.

“ Saya perlahankan kereta saya, apa bezanya perlahankan kereta dan memberhentikan kereta? “ balas si pemandu.

Anggota polis berasa marah lalu menumbuk pemadu itu bertalu-talu. Pemandu itu terkejut dan terus bertanya, “ Kenapa encik menumbuk saya? “

“ Beritahu saya apa bezanya kalau saya berhenti menumbuk kamu dan memberlahankan tumbukan saya? “.

0

MANA LEBIH BERNILAI

Posted by Mr.BearJr on Sunday, February 28, 2010 in
Dua orang gadis berjalan di sebuah hutan dan tiba-tiba mereka terdengar suara seekor katak sedang menangis.

Tolonglah saya. Saya sebenarnya seorang pengurus bank. Saya telah disumpah menjadi katak oleh ibu tiri saya. Jika salah seorang daripada kamu mencium saya, saya akan bertukar menjadi manusia kambali, “ ujar katak itu.

Seorang dari wanita itu tunduk dan mengambil katak tersebut dan dimasukkan ke dalam begnya.

“ Kamu buat apa? Tidakkah kamu dengar apa yang dia katakana tadi? “ Tanya seorang lagi.

“ Ya, saya dengar, tapi bagi saya, seekor katak yang boleh bercakap seperti manusia adalah lebih bernilai daripada seorang pengurus bank. “

0

MANA NAK CARI….

Posted by Mr.BearJr on Wednesday, February 24, 2010 in
Amin terpaksa menguruskan perniagaannya di Afrika. Sebelum ke lapangan terbang, dia singgah di sebuah bank bagi mendapatkan pinjaman segera RM10,000.

Pegawai bank: Encik, pinjaman ini memerlukan cagaran. Ada apa-apa yang encik hendak cagarkan?

Amin: Ada, sebuah Jaguar. Ini kuncinya. Seminggu kemudian, Amin tiba dari Afrika lalu menuju bank untuk mengambil keretanya.

Pegawai bank: Hutang encik berjumlah RM10 ribu dan kadar bunga sebanyak RM50 ribu.

Amin: Mengeluarkan cek lalu menyerahkan kepada pegawai bank itu.

Pegawai bank: Saya hairan kenapa orang kaya macam encik memerlukan pinjaman segera.

Amin: Habis tu mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletak kereta. Bayangkan kalau hanya RM50 seminggu.

0

KURANG AIR

Posted by Mr.BearJr on Saturday, February 20, 2010 in
Jamal pergi menemui doktor kerana mengalami sakit-sakit badan. Selesai memeriksa, doktor memberikan beberapa jenis ubat. Terdapat tiga jenis ubat yang perlu dihabiskan dalam masa dua hari.

Doktor:  Awak makan pil berwarna kuning ini dengan segelas besar air suam pada waktu pagi. Pil merah jambu dengan segelas besar air pada waktu tengah hari dan pil hijau pada sebelah malam.

Jamal:  Sebenarnya apakah penyakit saya Tuan doktor?

Doktor:  Awak kekurangan air.

0

TERBERANAK

Posted by Mr.BearJr on Tuesday, February 16, 2010 in
Di sebuah pangsapuri di ibu kota, seorang perempuan terberanak dalam lif. Dia sangat malu lalu dia melalak dan tidak mahu keluar daripada lif. Seketika kemudian datang seorang doktor dan cuba memujuk perempuan tersebut untuk dibawa ke hospital.

“ Marilah keluar amoi, saya bawa pergi hospital. “

“ Tak maulah doktor, saya malu “

“ Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk… terberanak dalam longkang lagi !!! “

Tiba-tiba, amoi itu melalak lebih kuat… Doktor tercengang dan bertanya, kenapa dia menangis lebih kuat?

kata amoi tu… “ Orang tu sayalah jugak!!! “ …

Copyright © 2009 This Is My World All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.