0

VAKSINASI MENCEGAH

Posted by Mr.BearJr on Friday, March 12, 2010 in

Tahukah anda, lebih 600 juta orang atau 10 – 20% penduduk dunia dijangkiti flu atau influenza? Flu boleh membawa beban ekonomi yang agak besar dalam bentuk kos penjagaan kesihatan dan juga kerugian dari segi prduktiviti ekonomi. Fakta ini telah dikeluarkan oleh sanofi pastuer iaitu pengeluar vaksin terkemuka di dunia. Flu yang berbeza dengan selsema ini boleh menyebabkan penyakit yang teruk dan kerumitan yang mengancam nyawa. Flu merebak dengan cepat tanpa disedari. Rawatan terbaik mencegah itu adalah dengan menyuntik vaksinasi flu.


Vaksin ini mengurangkan jangkitan flu kerana ia mempunyai sistem pertahanan badan. Ia selamat digunakan, namun wujud kesan sampingan seperti pembengkakkan ringan di tempat suntikan yang akan berakhir dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Vaksinasi boleh diambil pada bila – bila masa dan ia mengambil masa 10 hingga 15 hari untuk mencapai tahap imunisasi maksimum selepas disuntik.

Antara kebaikan pengambilan vaksin flu adalah dapat menyelamatkan nyawa bagi mereka yang menghadapi masalah peparu yang teruk, asma, dan masalah kencing manis. Ia paling berkesan mengurangkan risiko penyebaran flu kepada orang sekeliling.

0

PENJAGAAN KULIT WAJAH – Jadikan Rutin

Posted by Mr.BearJr on Wednesday, March 10, 2010 in
5 TIPS KULIT LEBIH SIHAT & SEGAR

Hari ini terdapat pelbagai produk khas yang diformulakan untuk mengatasi masalah kulit wajah lelaki. Setiap produk mempunyai keberkesanan dan dicipta untuk jenis kulit berbeza. Selain mengetahui jenis produk yang sesuai, anda juga perlu mengetahui lima langkah mudah penjagaan kulit wajah.

1. PENCUCI

Jika anda tidak melakukan langkah penjagaan wajah yang lain, mencuci adalah langkah asas yang sangat penting untuk kulit wajah. Biasanya kulit lelaki mempunyai liang-liang pori lebih besar dan liang kelenjar yang aktif. Liang kelenjar penting untuk mengekalkan kelembapan semulajadi kulit wajah, kadang kala kelenjar akan mengeluarkan sebum dengan banyak, menjadikan kulit wajah melekit dan berminyak. Jika tidak dicuci, liang-liang pori akan tersumbat dan terjadinya jerawat. Gel pencuci adalah paling sesuai, tetapi perlu diketahui tidak semua pencuci wajah dicipta untuk semua jenis kulit. Guna pencuci yang dapat menanggalkan kotoran serta minyak mengikut kesesuaian jenis kulit, pada masa yang sama, melembut dan sesuai digunakan sekurang-kurangnya sekali sehari.


2. PENYENTAL (SCRUB)

Kadang-kala mencuci kulit dengan pencuci wajah biasa tidak mencukupi. Pencuci wajah menghilangkan minyak dan kotoran hanya pada permukaan kulit, tetapi bagaimana dengan kotoran yang meresap ke dalam liang pori? Walaupun menggunakan pencuci wajah yang kuat atau kasar tetapi kotoran yang masuk ke lapisan kulit masih kekal. Jadi, penyental kulit perlu dijadikan rutin mingguan ( dua atau tiga kali seminggu ) . Dengan menggunakan penyental ( scrub ), mampu menanggalkan kotoran yang melekat di dasar kulit. Penyental yang baik bukan sahaja menanggalkan kotoran, malah juga melembutkan kulit selain memudahkan proses mencukur.


3. PELEMBAB

Produk penjagaan kulit bermula dan berhenti dengan sabun atau pencuci sahaja. Walau bagaimanapun mencuci hanya sebahagian yang boleh anda lakukan untuk melindungi kulit dari masalah seperti blackhead atau noda hitam. Bukan itu sahaja, kulit yang kering juga mempercepatkan lagi proses penuaan. Ketika mandi dan bercukur, liang-liang pori akan terbuka. Air yang meresap ke dalam kulit ketika proses uty akan hilang kemudianya, tetapi dengan menyapu pelembap ringan, dapat mengekalkan lembapan pada kulit anda. Pelembap dengan SPF dapat melindungi kulit dari sinar UV yang menyebabkan kulit terbakar. Sinar UV juga boleh menyebabkan kerosakan kulit jangka panjang dan kanser kulit. Pelembap dengan multispectrum mampu melindungi kulit anda dari sebarang masalah.


4. LINDUNGI MATA

Satu tempat di wajah yang jarang lelaki sentuh: Mata. Sebenarnya kulit di sekitar mata merupakan bahagian yang perlu diberikan perhatian khas. Walaupun lelaki dikatakan lambat mengalami proses penuaan pada kulit, namun tanda-tanda awal penuaan adalah dengan kemunculan kedutan serta garis halus di sekitar mata. Semua ini boleh dilindungi dengan menggunakan krim atau gel mata. Ia dapat melicin dan melindungi kulit tetapi syaratnya anda perlu sentiasa menjaga dan gunakan produk yang betul. Krim mata perlu disapu lembut pada bahagian tulang sekitar mata untuk kesan yang maksima dan mengelak terjadinya keradangan. Ia akan meresap dengan perlahan dan merebak ke bahagian yang mudah kedut.


5. LINDUNGI BIBIR

Satu lagi bahagian wajah yang perlu dititikberatkan adalah bahagian bibir. Kulit pada bibir sangat nipis dan mudah kering, merekah dan kadang-kala mudah berdarah apabila terdedah dengan persekitaran. Ini kerana bibir tidak mempunyai kelenjar minyak untuk membenarkannya melembap secara semula jadi. Kekeringan dan rekahan bibir yang terdedah dengan sinar matahari, tekanan serta luka kecik yang terbentuk akan memudaratkan lagi bibir. Jadi, penting untuk anda menggunakan krim atau balm pelembap bibir agar bibir sentiasa kelihatan lembap.


ADAKAH ANDA MENGALAMI KULIT BERMINYAK? Jika anda menggunakan sabun pencuci biasa untuk mencuci kulit, hentikan segera! Sabun sebenarnya akan menggalakkan lagi pengeluaran minyak pada kulit wajah. Cuba gunakan pencuci buih lembut atau pencuci susu sekiranya masalah kulit berminyak tidak terlalu serius. Tetapi jika anda perlukan pencuci lebih berat, gunakan pencuci wajah yang mengandungi salicylic asid dan beta hydroxyl. Anda juga perlu menggunakan pelembap bebas minyak.

0

1:8 LELAKI MENGHIDAP OSTEOPOROSIS

Posted by Mr.BearJr on Monday, March 08, 2010 in

Akibat kekurangan hormon testosterone, seorang lelaki boleh mengalami ketumpatan tulang yang berkurangan. Kira-kira 15 peratus lelaki yang mencecah usia 40 hingga 70 tahun mengalami masalah ini. Dalam satu kajian yang pernah dilakukan mendapati, seorang dalam setiap lapan lelaki yang berusia 50 tahun ke atas, akan menghadapi masalah osteoporisis. Apabila berlakunya kekurangan ketumpatan isi padu tulang ini, seseorang itu terdedah kepada risiko kepatahan tulang, kesakitan dan kebergantungan kepada orang lain.

0

ADAKAH ANDA TAHU?

Posted by Mr.BearJr on Saturday, March 06, 2010 in

1. Merokok memberi kesan kepada keluarga dan orang lain. Asap rokok boleh meningkatkan risiko kanser di kalangan bukan perokok. Mereka yang tidak merokok, 30% lebih tinggi mendapat kanser paru-paru berbanding perokok.



2. Sekiranya berat berlebihan, anda akan berisiko tinggi mendapat pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung kolonari, diabetes, kanser, gallstone dan masalah tidur.



3. Bagaimana kita berfikir dan rasa, mempunyai kesan yang kuat terhadap kesihatan fizikal. Perasaan negetif sukar untuk diselesaikan sendiri. Jadi, kongsilah perasaan anda itu dengan seseorang yang mampu menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

0

ANDA BERISIKO AORTIC ANEURYSMS?

Posted by Mr.BearJr on Tuesday, March 02, 2010 in

Tahukah anda apa itu Aortic Aneurysms? Bagi yang jarang mendengar istilah ini, Aortic Aneurysms adalah pembesaran atau pembengkakkan luar biasa pada arteri. Pembesaran ini terjadi disebabkan oleh kerosakan dan kelemahan pengaliran darah pada dinding vessel. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, dinding vessel akan pecah dan akan menyebabkan kematian. Biasanya masalah ini terjadi tanpa disedari oleh penghidap. Masalah luar biasa ini antara penyebab kematian satu hingga dua peratus lelaki yang berumur lebih 65 tahun, dan dianggar seramai 15,000 kematian dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat. Kaum lelaki berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko mendapat Aortic Aneurysms berbanding wanita. Antara faktor penyebab masalah ini, berkait dengan keturunan, tekanan darah tinggi, arteri tersumbat dan merokok.

0

MANA LEBIH BERNILAI

Posted by Mr.BearJr on Sunday, February 28, 2010 in
Dua orang gadis berjalan di sebuah hutan dan tiba-tiba mereka terdengar suara seekor katak sedang menangis.

Tolonglah saya. Saya sebenarnya seorang pengurus bank. Saya telah disumpah menjadi katak oleh ibu tiri saya. Jika salah seorang daripada kamu mencium saya, saya akan bertukar menjadi manusia kambali, “ ujar katak itu.

Seorang dari wanita itu tunduk dan mengambil katak tersebut dan dimasukkan ke dalam begnya.

“ Kamu buat apa? Tidakkah kamu dengar apa yang dia katakana tadi? “ Tanya seorang lagi.

“ Ya, saya dengar, tapi bagi saya, seekor katak yang boleh bercakap seperti manusia adalah lebih bernilai daripada seorang pengurus bank. “

0

COKLAT CEGAH DIABETES?

Posted by Mr.BearJr on Friday, February 26, 2010 in

Satu penelitian baru mengungkap bahawa coklat manjadi “senjata” baru untuk mencegah diabetes. Menurut penelitian ini, dengan memakan coklat pekat dipercayai dapat menurunkan risiko kerosakan dalam tubuh yang menyebabkan diabetes. Khasiat coklat berfungsi apabila memakan coklat pekat yang mengandungi bahan kimia pencegah penyakit dikenali sebagai flavanols. Penemuan yang dilakukan sekumpuan penyelidik dari Itali ini mendapati bahawa pengambilan coklat dalam jumlah sederhana setiap hari secara teratur dapat melindungi tubuh daripada penyakit diabetes atau keadaan tolakan terhadap insulin. Insulin dihasilkan oleh pankreas dan berfungsi membantu sel tubuh menyerap glukosa dalam darah. Insulin ini membantu sel mengubah glukosa menjadi tenaga bagi otot – otot badan.

0

MANA NAK CARI….

Posted by Mr.BearJr on Wednesday, February 24, 2010 in
Amin terpaksa menguruskan perniagaannya di Afrika. Sebelum ke lapangan terbang, dia singgah di sebuah bank bagi mendapatkan pinjaman segera RM10,000.

Pegawai bank: Encik, pinjaman ini memerlukan cagaran. Ada apa-apa yang encik hendak cagarkan?

Amin: Ada, sebuah Jaguar. Ini kuncinya. Seminggu kemudian, Amin tiba dari Afrika lalu menuju bank untuk mengambil keretanya.

Pegawai bank: Hutang encik berjumlah RM10 ribu dan kadar bunga sebanyak RM50 ribu.

Amin: Mengeluarkan cek lalu menyerahkan kepada pegawai bank itu.

Pegawai bank: Saya hairan kenapa orang kaya macam encik memerlukan pinjaman segera.

Amin: Habis tu mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletak kereta. Bayangkan kalau hanya RM50 seminggu.

0

DAGING TINGKATKAN RISIKO KANSER PERUT

Posted by Mr.BearJr on Monday, February 22, 2010 in

Anda yang gemar memakan daging merah perlu berhati – hati kerana dipercayai memakan daging merah dengan jumlah yang banyak berisiko tinggi menghidap kanser perut. Fakta ini diperoleh melalui penelitian terbaru oleh The European Prospective Investigation into Cancer and Nutrion (EPIC). EPIC mendapati mereka yang secara teratur makan lebih dua hidangan daging merah, berisiko tinggi menghidap kanser perut berbanding mereka yang makan kurang dari satu hidangan per minggu. Penelitian ini juga mendapati risiko terjadinya kanser perut meningkat kepada mereka yang pola makannya kekurangan serat.

0

KURANG AIR

Posted by Mr.BearJr on Saturday, February 20, 2010 in
Jamal pergi menemui doktor kerana mengalami sakit-sakit badan. Selesai memeriksa, doktor memberikan beberapa jenis ubat. Terdapat tiga jenis ubat yang perlu dihabiskan dalam masa dua hari.

Doktor:  Awak makan pil berwarna kuning ini dengan segelas besar air suam pada waktu pagi. Pil merah jambu dengan segelas besar air pada waktu tengah hari dan pil hijau pada sebelah malam.

Jamal:  Sebenarnya apakah penyakit saya Tuan doktor?

Doktor:  Awak kekurangan air.

0

KETAHUI 10 KESALAHAN TERBESAR YANG BOLEH MEROSAKKAN OTAK

Posted by Mr.BearJr on Thursday, February 18, 2010 in
1. Mengabaikan pengambilan sarapan pagi

individu yang sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar untuk mengalami kekurangan gula dalam darah. Ia akanmenyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak lalu menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.


2. Terlalu banyak makan

Ia akan menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak dan sekali gus memperlahankan kuasa mental.


3. Merokok

Ia menyumbang kepada pengecutan otak dan boleh menyebabkan penyakit Alzheimer.


4. Pengambilan gula yang tinggi

Terlalu banyak gula boleh mengganggu penyerapan protien dan nutrien disebabkan kekurangan zat makanan dan mendatangkan kesan terhadap perkembangan otak.


5. Pencemaran udara

Otak merupakan penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Apabila sering terdedah pada pencemaran udara, ia akan mengurangkan penghantaran sumber oksigen bersih ke otak dan secara tidak lansung mengurangkan kecekapan fungsi otak.


6. Kurang tidur

Tidur memberi peluang otak untuk berehat. Apabila seseorang mengabaikan kualiti tidur yang sempurna, perlahan-lahan boleh menjejaskan sel otak sekali gus mendatangkan risiko yang tinggi untuk berlakunya kegagalan otak dari berfungsi.


7. Menutup kepala ketika sedang tidur

Tidur dengan menutup bahagian kepala akan mempertingkatkan karbon dioksida dan mengurangkan oksigen untuk sistem badan yang boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian otak.


8. Memaksa otak bekerja ketika badan tidak sihat

Ketika badan tidak sihat, secara tidak lansung juga akan memberikan efek terhadap otak. Lantas memaksa diri untuk bekerja ketika keadaan badan tidak mengizinkan mampu menyumbangkan kerosakan paada saraf otak pada amnya.


9. Berfikiran sempit

Berfikiran merupakan latihan terbaik untuk meransang otak. Namun jika seseorang itu sering berfikiran sempit maka ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.


10. Jarang berkomunikasi

Komunikasi intelektual mampu meransangkan perkembangan otak. Jika seseorang itu jarang berkomunikasi, lama-kelamaan fungsi otak mampu mengalami kemunduran.

0

TERBERANAK

Posted by Mr.BearJr on Tuesday, February 16, 2010 in
Di sebuah pangsapuri di ibu kota, seorang perempuan terberanak dalam lif. Dia sangat malu lalu dia melalak dan tidak mahu keluar daripada lif. Seketika kemudian datang seorang doktor dan cuba memujuk perempuan tersebut untuk dibawa ke hospital.

“ Marilah keluar amoi, saya bawa pergi hospital. “

“ Tak maulah doktor, saya malu “

“ Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk… terberanak dalam longkang lagi !!! “

Tiba-tiba, amoi itu melalak lebih kuat… Doktor tercengang dan bertanya, kenapa dia menangis lebih kuat?

kata amoi tu… “ Orang tu sayalah jugak!!! “ …

0

MADU BAIK UNTUK KESIHATAN LELAKI

Posted by Mr.BearJr on Sunday, February 14, 2010 in
Madu lebah mempunyai banyak khasiatnya kepada manusia. Terutama kaum lelaki, ia selalu diambil untuk penjagaan kesihatan batin. Al Quran sebagai mukjizat juga diakui banyak membongkar rahsia-rahsia saintifik jauh lebih awal daripada penemuan oleh saintis moden. Antara mukjizat Al Quran yang baru dapat dibuktikan oleh para pakar adalah tentang khasiat madu lebah.

Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran surah An Nahl ayat 68-69 dimana Allah berfirman yang bermaksud:

“ Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; ‘… kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)’. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian, terdapat tanda-tanda badi orang yang memikirkan.”




KELEBIHAN MADU UNTUK LELAKI

Bagi kaum lelaki, madu lebah dikatakan boleh menguatkan tenaga batin selain mengekalkan ketampanan serta awet muda. Madu juga merupakan cairan yang boleh menyahkan toksik dalam badan dan mencegah pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.

Madu berperanan sebagai bahan paling mujarab untuk penyakit dalam perut. Ia membersihkan perut, usus, saluran urat dan saluran lain untuk kesihatan. Zat asam manganese dan besi dalam madu memproses makanan serta menolong masalah sembelit, bengkak dan bernanah dalam perut dan usus serta masalah panas dalam perut.

Manakala zat asam Namlik merupakan zat utama dapat menahan sesuatu dari kerosakan di samping dapat mematikan kuman dalam perut.

0

KETAHUI 10 JENIS MAKANAN ANTI KOLESTROL

Posted by Mr.BearJr on Wednesday, February 10, 2010
Kadang kala kita tidak menyedari, makanan yang diambil mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi. Ini mampu mendatangkan risiko terhadap masalah kesihatan terutamanya memberikan impak kepada jantung kita. Namun masih terdapat banyak makanan yang dikategorikan sebagai anti kolestrol. Cuba lihat fakta di bawah.



1. KUACIKaya dengan kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh kadar kolestrol LDL. Kuaci dari jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari mempunyai zat besi yang tinggi.



2. EPALDengan memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol di dalam badan. Ia juga menstabilkan kandungan zat dan mencegah lemak dalam badan.



3. OATkajian saintifik sudah membuktikan pengambilan oat setiap pagi boleh menurukan kadar kolestrol dalam darah. Di mana serat mudah larut di dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.



4. SOYAMengandungi 48% protien, lesitin, vitamin dan zat galian. Ia juga mampu menghindarkan penyakit jantung dan diabetes. Malah ia kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecahkan lemak dan menyusutkan kadar Lemak Jahat (LDL) dan meningkatkan kadar Lemak Baik (HDL).



5. KACANG TANAHkacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Sekali gus membantu menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolestrol LDL dan mengelakkan penyakit jantung.



6. JAMBU BATUDalam kajian pakar nutrisi menunjukkan jambu batu mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Lantas disyorkan mengambil 400mg jambu batu sehari. Ia juga bagus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa mengetepikan diet seimbang.



7. BUAH KERINGTerdapat banyak buah kering tetapi limau kering dipercayai mengandungi lebih banyak Flavanoid yang mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh didapati di dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima.



8. KIWIMengandungi banyak vitamin C yang berupaya mencegah kolestrol LDL. Selain itu, buah – buahan lain yang turut kaya dengan vintamin C ialah mangga, betik, rambutan, belimbing dan strawberi.



9. KISMISMembantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, amalkan pengambilan kismis sebanyak 400mg sehari.



10. IKAN TUNAKelebihan ikan tuna ialah ia mengandungi sumber asid lemak omega – 3 yang khusus melingdungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL. Selain ikan tuna, ikan salmon dan makarel turut mengandungi sumber yang sama.

0

BILA BADAN PERLUKAN REHAT?

Posted by Mr.BearJr on Saturday, February 06, 2010 in

9 malam – 11 malam: Merupakan masa terbaik untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh sistem antibodi ( di bahagian limfa ) melalui proses detoksifikasi. Ia merupakan masa terbaik untuk berehat sepenuhnya atau mendengar muzik yang digemari. Elak dari melakukan kerja-kerja berat kerana ia mampu memberikan impak terhadap kesihatan badan.

11 malam – 1 pagi: Proses detoksifikasi dilalukan di bahagian hati.

1 pagi – 3 pagi: Proses detoksifikasi dijalankan di bahagian hempedu.

3 pagi – 5 pagi: Proses detoksifikasi berlaku di bahagian paru-paru untuk membersihkan sistem pernafasan. Ada kalanya seseorang akan mengalami batuk ketika proses ini dilakukan.

5 pagi – 7 pagi: Proses detoksifikasi berlaku di bahagian usus besar, di mana seeloknya anda perlu membuang isi perut.

7 pagi – 9 pagi : Penyerapan nutrien di kawasan usus berlaku di mana anda perlu mengambil sarapan pagi. Seelok – eloknya bersarapan awal sebelum jam 6.30 pagi bagi sesiapa yang kurang sihat atau sedang sakit. Bersarapan sebelum jam 7.30 pagi pula bersesuaian untuk anda yang mahu kekal fit. Bagi anda yang sering mengabaikan sarapan pagi, buanglah tabiat itu kerana ia tidak bagus untuk kesihatan. Walaupun anda bersarapan agak lewat ( antara jam 9 pagi – 10 pagi ), ia lebih bagus dari tidak bersarapan lansung.



INFO TAMBAHAN: Tidur lewat dan berjaga malam mampu menggangu proses penyingkiran bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh sistem badan. Menurut kajian pakar perubatan, dari jam tengah malam hingga 4 pagi, merupakan masa untuk tulang sum-sum menghasilkan darah. Jadi, dapatkanlah tidur yang sempurna dan jangan tidur lewat!

0

AWAS !!! ALKOHOL

Posted by Mr.BearJr on Thursday, February 04, 2010 in


Jangan makan daging kambing kalau anda menghadapi penyakit darah tinggi.  Demikian pendapat lelaki dalam hal ini.  Bagaimana pula dengan kesihatan jantung anda? Cukup kah hanya dengan berhenti merokok.  Yang jelas, minuman keras juga musuh utama bagi jantung.  Alkohol dalam minuman keras dikatakan boleh menukarkan lemak dalam badan.  Secara saintifiknya ia memusnahkan lemak High Density Lipoprotein (HDL).  Walhal HDL sangat penting dan baik untuk kesihatan.  Apabila seseorang itu mengambil minuman keras, alkohol akan menukarkan HDL menjadi Low Density Lipoprotein (LDL) yang tidak diperlukan.



0

Sebiji Pisang Sudah Cukup!

Posted by Mr.BearJr on Thursday, February 04, 2010 in


Dulu, epal sering dikatakan sebagai buah ubat.  Sebiji epal sehari, akan menjauhkan anda dari doktor selama tiga puluh hari.  Tapi, jangan tidak tahu, pisang juga dikatakan lebih berkhasiat daripada epal.  Ini kerana pisang juga mengandungi potasium dan sodium dalam kadar yang baik untuk kesihatan organ tubuh.

Banyak pihak yang mencadangkan agar pisang dijadikan sebagai pelengkap menu.  Food and Drug Administration menyatakan pisang adalah sumber potasium dan mengandungi sodium rendah yang ampuh mengandungi risiko tekanan darah tinggi dan strok.  Sebiji pisang bersaiz sederhana dikatakan mengandungi 350mg potasium dan 140mg sodium.  Pisang juga rendah lemak, lemak tepu dan kolestrol.

Potasium dikesan di hampir seluruh bahagian tubuh dalam bentuk elektrolit yang seimbang.  Potasium sangat mempengaruhi dalam keaktifan otot jantung dan didapati pada hampir seluruh proses metabolisme.  Kajian pada binatang membuktikan indikasi siriko strok yang mengakibatkan kematian berkaitan dengan rendahnya potasium ini.  Semakin tinggi kadar potasium, maka risiko terkena serangan jantung dan strok semakin rendah.

0

Hati-hati dengan JETLAG

Posted by Mr.BearJr on Monday, February 01, 2010 in

Adakah anda sering terbang  di awan biru? Seringkah anda mengalami jetlag? jika sering...  berwaspadalah.  Terdapat kajian dijalankan oleh Pakar neurologist, Universiti Brisbol, Kwangwook Cho, mengatakan jetlag menyebabkan otak mengecil dan memberi kesan terhadap daya ingatan.


Satu kajian telah dijalankan ke atas 20 pekerja penerbangan, perubatan dan mereka yang sering berpergian.  Berdasarkan kajian itu, Profesor ilmu kedoktoran dari Havard Medical School, Chales A. Czeiser menerangkan, sekitar lapan juta pekerja dari golongan ini berkemungkinan besar mengalami masalah tersebut.

Hasil kajian itu mendapati, setelah lima tahun bekerja, sebahagian krew kapal terbang mempunyai masalah daya ingatan.  Dan Kwangwook membuat  kesimpulan bahawa otak perlu direhatkan sekurang-kurangnya 10 hari setelah melalui perjalanan jauh.  Tambahnya, masalah kekurangan daya ingatan dan penyusutan otak disebabkan kerana kurangnya rehat.



Copyright © 2009 This Is My World All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.